Monday, 8 August 2016

Surah AlBaqarah (217)


Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 217:
Ringkasan tafsir;
Dalam ayat ini ada dua cerita hukum;
.1) membicarakan hukum perang dalam bulan haram (Rejab) disekitar dan didalam MajjidilHaram. Maka alkisah berlaku kepada 7 orang angkatan perang yang dihantar oleh Rasulullah untuk meninjau dan mengitip pergerakan orang kafir di Mekah dan sekitarnya, dan peninjau berjaya memerangi satu kabilah kafir melintasi kawasan itu dan dan memanah salah seorang kabilah itu lalu mati dan 2 orang lagi ditawan, dan selepas itu diketahui kejadian itu oleh Rasulullah, dan Rasulullah telah meruka dan enggan mengambil harta rampasan perang yang dibawa oleh sepasukan peninjau itu, kemudian angkaatn peninjau menjelaskan bahawa mereka tidak pasti dengan melihat anak bulan bahawa mereka tidak dapat menentukan hari itu sudah masuk bulan Rejab atau belum masuk bulan Rejab, sedangkan ketika mereka meninjau sebelum bulan Rejab lagi, iaitu bulan Jamadulakhir yang akan masuk bulan Rejab.  Maka turun ayat ini memberitahu bahawa berperang pada bulan tersebut adalah berdosa, tapi adalah lebih besar dosa yang dilakukan oleh orang kafir Mekah yang menghina dan menghalau dan menghalang Rasulullah dan orang Islam masuk Mekkah adalah lebih jahat lagi. (....dan seterusnya lihat ayat 218).
.
2) Orang murtad itu akan hilang pahala kebajikan dan amalannya, dan hendaklah mereka itu kembali kepada Allah, dan sekiranya mereka enggan maka hukum bunuh hendaklah dilaksanakan kepada mereka yang murtad. Ada pun orang murtad itu adalah tidak boleh menerima sebarang warisan dari ibu bapa kerabat yang meninggal dunia dan tidak boleh diberi bantuan, harta semua disita. Bagitulah hukuman kepada orang-orang murtad sebagai pengajaran kepada manusia.
,

.

[Previous] [Next]

Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 211~220,
[GS]  
https://t.co/g9bZwHKHDa
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr 
Pautan,
[G+] https://t.co/dUW0cwMUF2

[FB] https://t.co/HhSXtAXToL


.

No comments:

Post a Comment